Solat Sunat Tahajjud
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ
اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ
Solat Tahajjud adalah solat malam yang
dilaksanakan setelah bangun tidur, afdalnya dibuat secara bersendirian
waktu selepas tengah malam. Solat sunat ini amat dituntut dan sangat
baik dilakukan sebagai ibadah tambahan. Rasulullah SAW dan para sahabat
tidak meninggalkan solat ini sepanjang hayat mereka.

“Dan
pada sebahagian malam hari bersolat Tahajjudlah kamu sebagai suatu
ibadat tambahan bagimu; Mudah-mudahan Tuhan-mu mengangkat kamu ke tempat
yang terpuji.”
(Surah Isra’; ayat 79)
.
Rasulullah SAW bersabda: “Kerjakanlah
solat malam sebab itu adalah kebiasaan orang solihin sebelum kamu, juga
suatu jalan untuk mendekatkan diri kepada Tuhanmu, juga sebagai penebus
segala amalan buruk, pencegah dari perbuatan dosa dan dapat menghalangi
penyakit dari badan.” (Riwayat Tirmizi dan Ahmad r.a.)
.
Tujuan Solat Tahajjud
.
- Sebagai petanda perhambaan kepada Allah SWT.
- Mendekatkan seorang hamba dengan Penciptanya
- Tanda kesyukuran manusia di atas nikmat kurniaan Allah SWT.
- Menguatkan jiwa dan ketaqwaan seseorang kepada Allah SWT.
- Mendapatkan ketenangan dalam menghadapi cabaran dan dugaan hidup.
.
.
Cara Mendirikan Solat Tahajjud
.
Solat Tahajjud dilakukan tiada had
rakaatnya, mengikut kesanggupan dan kemampuan, dengan setiap dua rakaat
satu salam. Jika dirasakan berat memadailah sekadar dua rakaat tetapi
dilakukan secara berterusan setiap malam.
Rasulullah SAW telah bersabda,: “Amalan yang disukai oleh Allah, adalah yang terus menerus (istiqamah) walaupun sedikit.” (Riwayatkan oleh Bukhari dan Muslim dari Aisyah.)
.
.
1. Sebelum mengerjakan Solat Tahajjud baca doa berikut :
.
Tiada Tuhan melainkan Dikau, Maha Suci Dikau! Daku memohon ampun kepada-Mu bagi dosa-dosaku dan daku memohon kepada-Mu akan Rahmat-Mu. Ya Allah! Tambahkanlah padaku ilmu dan janganlah Dikau pesongkan hatiku setelah Dikau berikan petunjuk. Dan berikanlah daku Rahmat-Mu; Sesungguhnya Dikaulah yang melimpahkan rahmat! Segala puji bagi Allah yang telah menghidupkanku dan kepada-Nyalah tempatku kembali.
.
.
2. Niat Solat Tahajjud:
Daku bersolat Sunat Tahajjud dua rakaat, kerana Allah Ta’ala.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar